Memiliki sesuatu yang indah…
Posted by She will be loved, one day.. on July 9th, 2008
Memiliki sesuatu yang indah, menjadikan saat itu sukar dan tidak mahu dilupakan. Sehingga kita kehilangannya. Dan kehilangan itu menjadikan detik rindu bertamu. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila kehilangannya dari pandanganmu..kamu akan menyedari dia adalah cinta yang hadir dan tidak pernah kau sedari….
Aku meniti langkah hampir kecundang, namun terasa seperti kau ada disisi. Aku berlari hampir tersungkur, kau mampir lagi di hati. Aku berlalu biarpun tanpa kesan, namun kau jejakku hingga ke sini. Aku hampir berpaling untuk melepaskan pandangan itu, tetapi bayangmu ada didepanku. Tak pasti, namun kau ada bila aku ada. Terima kasih kerana sentiasa berada disisi namun biarlah aku berlajar untuk berdikari supaya aku tidak akan terkapai-kapai kelemasan pabaila pada suatu hari nanti kau akan pergi mencari hala kehidupanmu sendiri.