Kerana Kamu…
Posted by She will be loved, one day.. on July 22nd, 2008
Kerana Kamu…
Ingatkah kamu pada pepatah burung yang kepatahan sayap, sembuh dan kemudian terbang mencari jalan bahagia. Mungkin bagi seseorang yang melihat burung-burung yang berterbangan itu menyangka bahawa burung-burung itu berterbangan dengan girangnya. Sedangkan pada hakikatnya matanya merah, merdunya sendu menahan rasa kepiluan dan rasa kesunyian sambil ia memandang keindahan awan-awan disekelilinginya.
Kerana Kamu…
Hilangnya bahagiaku kerana aku kehilangan sebahagian dari jiwaku. Jiwa yang sempurna adalah gabungan dua jiwa yang dilimpahi oleh rasa cinta yang kekal abadi. Tahukan kamu apakah makna cinta yang kekal abadi? Cinta yang tidak ada khianat, dusta atau rasa iri, itulah cinta mutlak pemilik Tuhan sekian alam. Dan tahukah kamu apa pula bahagian jiwa itu? Bahagian jiwa itu tidak lain adalah diri kamu sendiri tetapi itu dahulu…..waktu kau berada di sampingku. Waktu itu sangat bahagia sekali. Waktu yang teramat indah.
Kerana Kamu…
Dulu, aku menahan nafas mengenangmu. Berlinangan airmata yang tak henti-henti membasahi pipi tidak kira waktu dan tempat kerena mengenangkan bahagian jiwaku yang telah pergi dengan tiba-tiba tanpa sembarang alasan, hilang begitu sahaja. Aku memandang sebahagian jiwaku dari jauh. Rindu sekali waktu itu. Tertanya-tanya di dalam hati mana perginya sebahagian jiwaku itu. Sayang sekali, cintaku disia-siakan oleh kamu yang tidak pernah menghargainya.
Kini kamu kembali lagi setelah lama menyepikan diri. Menagih simpati..mengharap cinta yang dulu berkembang kembali. Untuk apa?..Buat apa?..Kerana apa? Cintamu hanya datang dan pergi sesuka hatimu.Jangan sakiti hatiku lagi seperti mana yang pernah kamu lakukan dulu.
Pergilah….tinggalkan diriku ini kerana kamu tak akan dapat merasai cintaku lagi.
Pergilah…. tinggalkan diriku ini kerana aku tidak akan tunduk mengalah dengan segala pujuk rayuanmu.
Ku tak ingin kamu berada kembali di dalam hidupku ini. Usah lagi kau guris hati ini.
Cintaku ini hanya akan kuberikan pada seseorang yang akan menghargainya suatu hari nanti.
Dan yang paling pasti, aku bahagia sekali walaupun aku keseorangan, kekosongan, kesunyian tanpa sesiapa pun.
Bukankah ini lebih baik.
Buat dirimu dan juga diriku.
Semoga suatu hari nanti, kamu dan juga diriku menemui kebahagiaan yang kita sama-sama impikan.