Posted by She will be loved, one day.. on July 9th, 2008
Memiliki sesuatu yang indah, menjadikan saat itu sukar dan tidak mahu dilupakan. Sehingga kita kehilangannya. Dan kehilangan itu menjadikan detik rindu bertamu. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tidak pernah menyatakan cintanya kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya. Dan bila kehilangannya dari pandanganmu..kamu akan menyedari dia adalah cinta yang hadir dan tidak pernah kau sedari….
Aku meniti langkah hampir kecundang, namun terasa seperti kau ada disisi. Aku berlari hampir tersungkur, kau mampir lagi di hati. Aku berlalu biarpun tanpa kesan, namun kau jejakku hingga ke sini. Aku hampir berpaling untuk melepaskan pandangan itu, tetapi bayangmu ada didepanku. Tak pasti, namun kau ada bila aku ada. Terima kasih kerana sentiasa berada disisi namun biarlah aku berlajar untuk berdikari supaya aku tidak akan terkapai-kapai kelemasan pabaila pada suatu hari nanti kau akan pergi mencari hala kehidupanmu sendiri.
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by She will be loved, one day.. on June 30th, 2008
Mungkin, semakin lama kita mengenali seseorang itu, semakin kita suka padanya ataupun sebaliknya.
Semakin kita kenal seseorang itu, semakin kita fahami akan perangainya, hati budinya. Sejauhmana perkenalaan yang wujud itu akan memberi ruang kepada kita untuk mengetahui segala kebaikan dan keburukannya? Malah sifat kebaikan yang sering ditunjukkan, ada yang benar, dan ada hanyalah lakonan semata-mata. Manusia mana yang ingin memperlihatkan keburukannya kepada orang lain? Dan sampai bilakah seseorang itu mampu untuk terus berlakon? Hipokrit itulah sebenarnya. Ataupun keikhlasaan yang terselindung yang tidak mampu untuk kita lihat dengan mata kasar. Hakikatnya, semua manusia mempunyai sifat baik dan buruk. Tiada kesempurnaan. Dan tidak perlulah berpura-pura.
“Jangan mengubah diri hanya kerana cinta, sebab cinta itu bukanlah mainan perkataan, tapi perasaan dari hati yang tersembunyi, yang dapat di baca oleh naluri. Cinta itu sangat istimewa, jika diberikan kepada orang yang bertuah dan berhak mendapatkannya dan mahalnya cinta itu jika didagangkan dengan ketulusan hati.”
Posted in Uncategorized | No Comments »
Posted by She will be loved, one day.. on June 24th, 2008
Posted in Uncategorized | Enter your password to view comments